Friday, May 23, 2014

SEJARAH PENUBUHAN HAKAM DI MALAYSIA

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.
Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003
Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia. Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR. Turut mempengaruhi ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.
Sebagai ketua perwakilan Malaysia ke UNCHR, Tan Sri Musa telah mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1994 bahawa inilah masa terbaik bagi Malaysia menubuhkan badan hak asasi kebangsaannya sendiri yang bebas.Beberapa faktor telah mendorong cadangan ini: semakin meluasnya tekanan antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan kesedaran bahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sebuah negara; penglibatan aktif Malaysia dalam sistem Bangsa-Bangsa Bersatu; suasana dan kepekaan politik di samping kemajuan yang dicapai masyarakatnya. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, tujuh negara Asia, termasuk dua dari ASEAN – Indonesia dan Filipina – sudahpun menubuhkan institusi hak asasi kebangsaan masing-masing, manakala Thailand pula sedang membuat persiapan untuk mengambil langkah yang sama.
Pada 24 April 1999, lima tahun selepas idea itu diajukan, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengumumkan bahawa Kerajaan akan membentang satu Rang Undang-Undang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai 1999 bagi menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Rang Undang-Undang ini berpandukan kepada Prinsip Paris 1992 yang memperuntukkan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang bebas dan juga kepada pengalaman institusi hak asasi manusia yang sudah tertubuh, terutamanya dirantau Asia Pasifik.
Pada 3 April 2000, Kerajaan mengumumkan perlantikan pengerusi pertama SUHAKAM iaitu Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dan 12 ahli Suruhanjaya yang akan berkhidmat selama dua tahun dan penggal perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan. Pelantikan dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.Meskipun Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia membenarkan pelantikan sehingga 20 orang ahli, keputusan dibuat bahawa SUHAKAM akan memulakan tugasnya dengan 13 ahli sehinggalah apabila lebih ramai ahli dirasakan perlu. Ahli SUHAKAM dipilih bagi mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga berdasarkan pengalaman, iltizam, kebebasan dan kewibawaan individu berkenaan.
Untuk membolehkan Suruhanjaya menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan, beberapa kumpulan kerja yang khusus telah dibentuk, merangkumi pendidikan dan promosi, pembaharuan undang-undang serta perjanjian dan suratcara antarabangsa, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan aduan dan siasatan.
Pejabat Sementara SUHAKAMPejabat sementara SUHAKAM di Wisma Putra (2000)
SUHAKAM memulakan operasinya di sebuah kabin kontena di Kementerian Luar Negeri sebagai pejabat sementara. Suruhanjaya akhirnya menyewa premis sendiri di Tingkat 29 dan 30 di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan berpindah kesana pada 24 November 2000. Bangunan itu dipilih kerana lokasinya di tengah-tengah bandaraya dan mudah pula dikunjungi oleh orang awam.
Pada Januari 2011, Suruhanjaya telah berpindah ke premis baru di tingkat 10, 11, 12 dan 13 di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
SUHAKAM's office
Pejabat SUHAKAM di Menara TH Perdana

APAKAH HAK ASASI MANUSIA

Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.
  • ~ Kofi Annan
  • Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah diisytihar dan diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Ianya berasaskan empat tunggak - kebebasan daripada ketakutan dan kemahuan dan kebebasan bersuara dan kepercayaan. Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, social dan kebudayaan. Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
  • Artikel 5
    - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan;
  • Artikel 9
    - Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.
  • Artikel 13
    - Kebebasan untuk bergerak;
  • Artikel 20
    - Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan
  • Artikel 21
    - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
    Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah:
  • Artikel 16
    - Hak untuk kehidupan berkeluarga;
  • Artikel 23
    - Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah;
  • Artikel 25
    - Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;
  • Artikel 26
    - Hak untuk pelajaran; dan
  • Artikel 27
    -Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya. Untuk sinopsis UDHR, klik di sini.Untuk versi penuh UDHR, klik di sini.Untuk senarai instrumen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia, klik di sini. Penggunaan UDHR di Malaysia Peruntukan-peruntukan dalam UDHR diakui di Malaysia selama mana ianya tidak tak selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini dinyatakan dalam seksyen 4(4) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597), seperti berikut: Bagi maksud Akta ini, perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytiharan itu tidak tak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Bahagian II Perlembagan Persekutuan Malaysia Di Malaysia, hak asasi manusia adalah termaktub secara tidak sepenuhnya di dalamPerlembagaan Persekutuan. Ini diterangkan dalam seksyen 2 dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597) seperti berikut: "hak asasi manusia" merujuk kepada kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan Bahagian II Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan asasi seperti berikut:
  • Artikel 5
    - Hak kepada kehidupan
    - Hak kepada kebebasan peribadi
  • Artikel 6
    - Larangan terhadap perhambaan dan bekerja secara paksaan
  • Artikel 7
    - Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa sebelum tarikh ia diluluskan dan undang-undang jenayah
  • Artikel 8
    - Hak untuk kesamarataan di sisi undang-undang
  • Artikel 9
    - Larangan dari dibuang negeri
    - Kebebasan bergerak
  • Artikel 10
    - Kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan
  • Artikel 11
    - Kebebasan beragama
  • Artikel 12
    - Hak-hak berkaitan pelajaran
  • Artikel 13
    - Hak memiliki harta
    Hak dan Tanggungjawab
    Mengikut Artikel 29(2) dan 30 dalam UDHR, hak asasi manusia mestilah dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Ini bermaksud: hak-hak dan kebebasan tertakluk kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain; hak-hak dan kebebasan tertakluk kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik; tidak ada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangan yang berhak untuk melibatkan diri dalam apa-apa jua kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam UDHR.

BIODATA

NAMA                        : muhamad akmal hakim bin yunus
NO. MATRIK            : A141537
PROGRAM                : SUKAN DAN REKREASI
TAHUN PENGAJIAN : 2
EMAIL                       : akmal_aman6134@yahoo.com
FACEBOOK              : akmal aman
ALAMAT KOLEJ     : KOLEJ RAHIM KAJAI